Mood:
TANGGUNGJAWAB PENDIDIKAN IMAN
Apa yang dimaksudkan dengan pendidikan iman ialah menghubungkan anak dari umur ia mula berfikir tentang usul-usul iman. Di samping membiasakannya sejak mula ia boleh faham tentang rukun-rukun Islam dan mengajarkannya dari mula ia boleh membezakan antara buruk dengan baik prinsip-prinsip syariat yang murni.
Kita maksudkan dengan usul-usul iman ialah:
Setiap perkara yang sabit melalui khabar sadiq (benar) mengenai hakikat-hakikat iman. Serta perkara-perkara ghaib seperti beriman dengan Allah S.W.T., beriman dengan malaikat, beriman dengan semua kitab yang telah diturunkan oleh Allah, beriman dengan semua rasul, keseksaan dalam kubur, kebangkitan (kiamat), hisab (kira-kira pahala dan dosa), syurga, neraka dan beriman dengan seluruh perkara ghaib yang lain.
Kita maksudkan dengan rukun-rukun iman ialah:
Segala ibadat badan serta harta, iaitu sembahyang puasa, zakat, dan haji siapa yang mampu.
Kita maksudkan dengan prinsip-prinsip syariat ialah:
ketuhanan, serta ajaran-ajaran agama Islam dari aqidah, ibadat, akhlak, syariat, undang-undang dan hukum-hukum.
Setiap pendidik wajib membiasakan anak sejak kecil lagi dengan kefahaman-kefahaman ini tentang pendidikan mengenai iman serta berasaskan ajaran-ajaran Islam supaya ia terikat dengan agama Islam dari hal akidah dan ibadat, dan berhubung rapat dengannya dari hal metodologi dan peraturan. Selepas ia ditunjuk ajar dan dididik, ia tidak mengetahui kecuali Islam sebagai agama serta al-Quran sebagai imam dan Rasul s.a.w. sebagai pemimpin serta contoh teladan.
Kefahaman pendidikan mengenai iman yang bersifat syumul diilhamkan dari pesanan-pesanan Rasulullah s.a.w. serta ajarannya bagi mengajarkan anak usul ke-imanan, rukun-rukun Islam dan hukum-hukum syariat.
